Salam & Hai semua,

Sebelum saya mulakan celoteh di sini, saya ingin bertanya kepada pembaca sekalian.
Siapa yang ingin hidup kaya? Hidup di rumah yang ada kolam renang sendiri, kereta sport mewah, melancong serata dunia? Sila angkat tangan dengan tingginya jika anda ingin kaya dan berjaya! \(^o^)/
Ok-ok..cukup dah boleh turunkan tangan dan teruskan pembacaan anda :)

 

 

 

 

 

Ya! saya juga ingin hidup kaya, berjaya, beriman seperti anda juga.
Saya ingin capai kejayaan dalam hidup saya.

Persoalannya di sini..Macam mana saya mahu kaya??
Jawapannya mudah –> Ilmu!

Ya! Ilmu mampu mengubah hidup anda & saya!

Dengan ilmu anda mampu memandu kereta sendiri,

Dengan ilmu anda mampu melakukan solat dengan lebih sempurna,

Dengan ilmu anda mampu menulis, mengira dan membaca,

Dengan ilmu anda mampu melayari internet dan membaca blog saya ini. Oh!

Ilmu

Ilmu dapat menambah baik hidup kita. Teringat dahulu semasa saya mula menceburkan diri dalam perniagaan internet.
Saya langsung tidak tahu apa itu HTML, bagaimana untuk membina sebuah blog,  apa kan lagi nak buat duit di internet itu sendiri macam mana.
Sebuah demi sebuah ebook saya beli dan baca. Saya upgrade diri saya dengan ilmu yang saya pelajari dari dulu hingga kini.
Tanpa mengenal erti jemu dan penat lelah. Menghadap komputer hingga ke pagi, walaupun dulu saya hanya mempunyai laptop pada semester akhir pengajian berbekalkan duit sendiri yang di kumpul (dan sedikit tambahan dari ayah! ho ho!)

Kini saya sedar, jika dahulu saya tak mulakan inisiatif diri saya untuk menuntut ilmu itu sendiri, saya mungkin tidak akan sampai ke sekarang. Saya pasti saya masih di takuk lama. Itu tak tahu, ini tak tahu..apa yang tahu?? Keluar berseronok je habiskan duit :p

Alhamdulillah, kini saya semakin sedar bahawa ilmu itu sangat sangat sangat penting.
Menuntut ilmu itu perlukan pembacaan. Malahan ayat pertama yang diturunkan oleh Allah juga menyeru untuk ‘Iqra’ = Bacalah..

Anda tidak akan rugi jika membaca dan memenuhkan diri dengan ilmu!

Kaya Dengan Ilmu

Bagaimana dengan ilmu mampu jadikan saya kaya pulak? Berjuta macam saya dah baca buku ni, Iza. Tak kaya-kaya jugak!
Pesan seorang sifu saya, hidup ini jangan berpaksikan wang semata-mata. Rezeki itu datangnya daripada Allah.
Anda sudah ada ilmu, satu anak tangga untuk mengubah diri anda itu telah anda naiki.

Perkasakan diri anda dengan ilmu yang anda perlajari. Anda sudah ada ilmu, anda juga telah berjaya menambahbaik diri anda!
Contohnya dari tak pandai menulis tulisan khat, sudah pandai menulis dengan cantiknya. Belajar untuk mendapatkan ilmu tersebut.

Belajar tentang pengurusan kewangan diri anda dan keluarga. Belajar bagaimana untuk menambah nilai diri sendiri. Belajar bagaimana untuk menarik kekayaan itu datang kepada anda. Cari lah ilmu itu kerana ilmu Allah Maha Luasnya.  Belajar perlukan mentor . Proses mendapatkan ilmu itu memerlukan seorang mentor, pengalaman atau pemerhatian di sekeliling anda. Sebelum anda memulakan bisnes sekalipun, kita perlukan ilmu untuk merancang dan melakukan bisnes kita.

Bersyukur dengan ilmu dan rezeki yang Allah berikan pada kita hari ini!
Semoga esok lebih banyak ilmu yang dapat kita perolehi :)

Salam ceria.

{ 0 comments }

Salam & hai semua,
Terima kasih kerana sudi singgah dan mambaca entry saya ni.  Blog ini telah saya format semula blog yang lama. Oh!

Kali ini saya akan fokus kan blog saya ini dalam beberapa bidang ‘financial planning’ atau Pengurusan Kewangan dan Pelaburan. InsyaAllah.

Semoga semua pembaca blog mendapat faedah dari blog dan hasil penulisan saya.

Sedikit coretan pengalaman dan latar belakang saya.

Saya, Iza Hazwani atau ada juga yang mengenali saya dengan nama samaran Ezord.
Saya berasal dari Kota Tinggi, namum kini menyewa bersama rakan di Skudai, Johor.
Saya mengambil keputusan untuk tinggal menyewa sendiri kerana, saya ingin hidup berdikari sendiri walaupun saya telah di hantar ke asrama seawal usia 11tahun :)
Hidup berdikari sendiri memang banyak mengajar saya erti hidup.

Saya mengenali dunia perniagaan selepas tamat belajar. Syukur Allah temukan saya dengan dunia perniagaan kerana minat saya amat mendalam dalam bidang perniagaan ini. Dari kecil mengikut ayah berniaga air katira dan kuih muih. oh! sangat best pengalaman tersebut.

Satu hari, ketika saya surt internet untuk mendapatkan kerja-kerja sampingan untuk mencari duit tambahan masa tu, saya terjumpa dengan satu laman web ni iaitu program duit raya. Program ni merupakan scam kerana perlu cari downline dan modal saya RM20 hangus macam tu je. Fiewww!!

Saya masih tak berputus asa, dan terus mencari mengenai perniagaan internet yang sebenar dan akhirnya terjumpa laman web perniagaan internet sebenar yang sedang di promote oleh rakan sekolah saya yang kini merupakan seorang usahawan internet marketing yang terkenal iaitu saudara Ammar Zahar. Satu persatu saya korek dan belajar mengenai perniagaan internet yang sebenar.

Kini Alhamdulillah telah hampir 3 tahun setengah saya berjaya menjana pendapatan sampingan dari internet. :) Syukur saya di pertemukan dengan perniagaan internet ini dan saya juga menjadi agen takaful berdaftar untuk Etiqa Takaful Berhad.

Setelah 3 tahun ini juga lah saya berkenalan dengan ramai usahawan-usahawan hebat di luar sana. Terima kasih banyak.
Kini, tiba masa untuk saya berkongsi sedikit pengalaman dan pengetahuan buat anda di luar sana yang cuba untuk mencari pendapatan tambahan dalam perniagaan internet atau dalam pelaburan. Pilihan di tangan anda.

Saya akan berkongsi di blog ini..so stay tune! :D

{ 5 comments }